1amirasyraf's Blog

share anything and everything in our lives

My New Job…

on 08/12/2010

Tanggal 11 Ogos 2010 genap 14 tahun ku telah menempuhi alam perkahwinan…tarikh ini juga bermula episod baru dalam hidupku…

Sebagai  seorang  anak, isteri dan ibu; ku akur dengan apa yang telah tersurat buat diriku…belum pun hilang kesedihanku dengan pemergian bonda tercinta…ku terpaksa melakukan pengorbanan besar demi masa depan keluargaku…

Kini, ku memegang jawatan surirumah (telah mengambil cuti tanpa gaji) yang mana keputusan ini adalah hasil perbincangan bersama suamiku dan kami telah sepakat bahawa ku perlu mengambil keputusan ini…walaubagaimanapun, cuti tanpa gaji ini adalah titik permulaan buat diriku untuk mengkaji dengan kehadiranku disisi Amir, adakah ia dapat membantu Amir dalam meningkatkan lagi keupayaan dirinya untuk berdikari dan bersosial dengan masyarakat.

Keputusan menjadi surirumah bukanlah satu keputusan yang senang buat kami…implikasi kewangan amatlah berat buat kami sekeluarga…namun Amir tetap menjadi kerisauan utama buat kami…Ayah makin uzur…tak mungkin boleh menjaga Amir yang kini semakin membesar dan kuat…ku tak sanggup melihat wajah ayah yang pucat dan kepenatan tiap kali mengambil anak2 dari rumahnya…banyak kali jugalah Ayah menyebut yang dia semakin uzur…dia rasa dia tak mampu lagi untuk menjaga Amir.

1 Ramadhan 1431H, bermulanya umat Islam menunaikan kewajipan berpuasa…hari ini jugalah kujalani amanah Allah yang berikan dengan menjaga Amir sepenuh masa…

…ambil Amir dari sekolah…matanya bulat dan bersinar tatkala dia memandang wajahku menunggunya memakai kasut….lalu dipegang tanganku dan berkata “Giant”, ku menurutinya ke kereta…start engine kereta…jari Amir tegak menunjukkan arah jalan yang ingin kupandu…difikiranku Amir mahu ke Giant Kelana Jaya…bila ikut arahan jarinya…Amir mau ke Atria, Damansara Jaya…ku tau destinasi…big bookshop…ku mengira cukupkah duit dalam beg….kalau Amir nak beli buku, dalam purse mesti ada sekurang-kurangnya RM100…sampai di Atria, Amir memimpin tanganku ke kedai buku…dalam masa 30 minit, dia telah memilih 6 jenis buku…ada buku colouring, ada buku aktiviti, ada buku mengenai alphabets, ada buku math & english…semasa di cashier, ku memeriksa buku2 yang dipilihnya…ku cuba negotiate bahawa hanya 4 buku perlu dibeli…Amir bertegas mahukan all the 6 books…Alhamdulillah, cashier 2 orangnya sabar…tunggu kami berbincang dulu…akhirnya mama giveup…paid all the books he wanted (all together RM52)…ku lihat bibir Amir mengukir senyuman…bergegas Amir keluar dari kedai membawa plastic bag penuh dengan buku…

masuk kereta, Amir ON radio sambil menyanyi…sampai rumah kata Amir, Bath (masa untuk mandi; dimana ia akan memakan masa 20-30 minit) semasa Amir mandi cepat2 ku sediakan makan tengaharinya (usually spaghetti or noddles) …habis mandi…dia minta OREO, Mama…berlari ku turun ambilkan oreo dan meletakkan didalam bekas…kemudian Amir on computer dan buka website playhouse disney untuk aktiviti online yang disediakan…sesekali kedengaran Amir memasang Youtube…Amir tengok citer Ultraman on Youtube dalam bahasa Jepun…sesekali dengar Amir gelak…terlintas difikiranku Amir faham ke??

Petang menjelang, Amir ambil buku aktiviti yang dibeli dan memanggilku untuk bersama2nya membuat aktiviti di buku itu…jenuh juga la nak melayan kerenahnya…colour salah disuruh erase…draw salah disuruh draw again…

Ramadhan ni, kami sekeluarga berbuka dan bersahur di Kampung Tunku bersama Ayah…jadi petangnya nak kena pegi rumah Ayah…Amir bertanyakan Papanya…ku menjawab Papa in Yayah’s house…hari nak beransur maghrib…nak kena cepat nie…loading barang dalam kereta…tunggu Amir…bila Amir ready  baru boleh gerak…kalau tak, hancur kereta dikerjakannya…ada kereta kebal pun boleh terbalik kalau datang angin taufan Amir…Amir ready…masuk kereta…ingat nak ikut LDP, alamak jam la pulak…so, ikut jalan dalam ke kampung tunku, Alhamdulillah jalan orait skit…tapi masa perjalanan singkat Alhamdulillah buatku untuk buka puasa tapi tak cukup masa untuk Amir mendengar lagu dalam kereta…Amir kalau naik kereta, kena pasang lagu at least 3 lagu yang direpeatkan sebanyak 3 kali…so bila tak cukup masa nak didengarkan lagu2 tersebut maka angin taufan pun melanda…ditambahkan lagi dengan munculnya Papa & Asyraf waktu kami sampai dirumah Yayah…

Amir berbaring di karpet ruang TV, hentak kepalanya…mulanya kubiarkan Papanya melayan tapi bila dengar makin kuat hentakannya…ku pun pergi memeluk Amir…lalu Amir tenang…datang saja Papa nak bagi kami makanan…Amir akan mengamuk…jd Ayah buat kesimpulan…Amir tak mau berkongsikan Mamanya…bila Amir bersamaku, Amir akan sebut perkataan yang Amir mau kita ulang…seperti Amir tunjuk kepadaku Mama, Laugh; ku perlu ketawa…ataupun Mama, cry; ku perlu menangis…

Insyaallah, ku berdoa agar ku dapat bersabar dalam mendidik Amir…Alhamdulillah, petang ni belum lagi kedengaran ketukan kepala lagi…Alhamdulillah hari ni tidak pula diajak kemana-mana cuma terus pulangke rumah…haaa..Amir dah datang mencariku…sorry Amir, Mama tengah blogging…hihi…nak kongsi citer Amir…

Ada teman yang tau ku cuti tanpa gaji, memberi message supaya ku dapat rehat yang secukupnya…namun bagiku cuti tanpa gaji ini adalahsatu pengalaman baru dan tanggungjawab yang amat berat kupikul…

walaupun hatiku Alhamdulillah tenang sedikit dengan kehadiran Amir didepan mataku sentiasa namun kegusaran hati memikirkan kestabilan kewangan keluarga masih ada, Insyaallah moga dibukakan pintu rezeki buat kami sekeluarga…sehingga ketemu di blog akan datang…

Advertisements

One response to “My New Job…

  1. adilah says:

    Sememangnya dugaan akan datang bertimpa2 dan selalulah berkongsi cerita dengan pasangan kita….luahkan segala perit jerih kita dan keseronokan kita …dan selalulah ingat bahawa Allah akan sentiasa membantu kita jika kita selalu ingat padaNya. Masalah kewangan memang akan mengganggu fikiran kita tapi alhamdulillah suami dila selalu ingatkan dila selalu bersabar dan Allah akan tetap membantu kita cuma samada cepat atau lambat…..doa dila agar Wan dapat menempuh dengan sabar dan tabah, amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: