1amirasyraf's Blog

share anything and everything in our lives

Days with Amir…

on 08/19/2010

Lebih kurang seminggu ku menjaga Amir…so far so good…Alhamdulillah…

Ada peristiwa yang ingin kukongsi bersama disini. Pada hari ketiga ku menghantar Amir ke sekolah, Amir telah memasang lagu nyanyian Aeman bertajuk Buatmu Ibu…kulampirkan lirik untuk tatapan semua…berlinang airmataku semasa memandu…sayunya hatiku pabila mendengar setiap bait lirik ini…jauh disudut hati Amir mungkin dia faham apa yg kucuba lakukan…Mama, sayang pada Amir…

Lirik lagu Aeman – Buatmu Ibu Buat Mu Ibu-AemanIbu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu… dengarlah rintih hatiku
Untukmu ibu

Ulang rangkap 4 dan 5

Kasihanilah Tuhan
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana…

Senilagu: Isman Isam (Hijjaz Records)

Lagu ini diulang-ulang dari rumah Tok Ayah ke sekolahnya…kalau dilihat kepada wajah Amir, ku tidak nampak apa-apa reaksi, namun pabila ku pandang matanya, kulihat dia cuba untuk berinteraksi…setelah ku hantar Amir ke kelas, ku kuatkan hati dan berazam akan menjaga Amir sepanjang hayatku…lagu ini juga membuatku ingat pada arwah Mama…al-Fatihah…tanpamu Mama, takkan mungkin ku berjaya dan mampu berdikari di dunia ini…segala nasihat serta kasih sayang yang kau curahkan kepada Amir akan ku ingat buat selamanya…tiada siapa dapat menyayangi Amir sepertimana Mama telah lakukan…kami amat merinduimu…
Hari-hari berlalu, ku mulai sedar bahawa  senyuman terukir dibibir Amir tiap kali ku menghantar dan mengambilnya dari sekolah…ku berasa amat tenang dan bangga bila melihat senyuman itu…
Sewaktu bekerja dulu, ku selalu mendengar Ayah bercerita setiap kali ambil Amir dari sekolah, Amir akan mohon untuk ke Giant…pada hari pertama ku turut juga kemahuannya…tapi memandangkan ku tiada pendapatan lagi…maka taktik baru perlu ada…
Jadi…ku bungkuskan snek kegemarannya  dan air di dalam kereta semasa mengambilnya dari sekolah…
Snek: biskut oreo coklat & kerepek Jigs perisa bbq…
setakat ini, pabila Amir mengunyah biskut serta kerepek tersebut tiada lagi perkataan Giant keluar dari mulutnya…
Sesampai dirumah, ku harus bersamanya untuk Amir mandi (ie tanggalkan baju, pasangkan air) juga tunggu Amir habis mandi untuk memakaikannya baju…sementara menunggu Amir mandi, ku akan sediakan makan tengaharinya…
Menu makan tengahari kegemarannya: spaghetti sos putih (carbonara/alfredo)
ooo ya…lupa nk bgtau…perjalanan pulang ke rumah tak boleh lalu jalan dalam yang ada traffic light (nanti Amir akan fikir kita akan ke rumah Tok Ayah) jd ku akan ambil jalan jauh seperti lalu LDP untuk pulang ke rumahku…jalan jem takde masalah buat Amir, sebab Amir akan dapat dengar lagu-lagu dan makan snek sehingga habis…
Hari-hari bersama Amir sungguh indah jika dia tidak mempunyai tantrum…
Sejak menjaga Amir sepenuh masa, keluargaku dapat rasakan bahawa Amir tidak mau ‘berkongsi’ diriku dengan sesiapa pun…so kalau nak bersembang atau nak cakap apa-apa denganku, kena tunggu samada Amir tengah mandi atau tidur, kalau langgar routine ini, maka satu ‘peperangan’ i.e Amir akan menghentak kepalanya dilantai atau dinding sehingga Amir dapat semula perhatian khusus dariku….pernah ku katakan kepada adik-adikku…”now, my life & days are depending on my 2 boys’ tantrums & routines”… ku tau ini adalah amanahNya yang perlu kulaksanakan…insyaAllah, moga diberi segala kekuatan untuk kutempuhinya…
Advertisements

4 responses to “Days with Amir…

  1. zuhaini says:

    oh.. sayunya.. kalau dapat dengar lagu agaknya lagi sedih..

    take care ya kak wan.. kuatkan semangat.. insya allah.. i know u can do it! 🙂

    **rindu pulak pada jiran sebelah.. liyana tak banyak cakap.. ahahaha 🙂

  2. Administrator says:

    salam nak tanya camner nak letak link Share this blog…cam yg awak letak kat sidebar blog awak tu

  3. Administrator says:

    Terima kasih kerna subscribe RSS blog saya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: