1amirasyraf's Blog

share anything and everything in our lives

Aidilfitri 1431H bersama Amir

on 09/18/2010

Hari Raya Aidilfitri pertama ku “full focus” pada anak-anak…ku tidak perlu risau akan cuti tidak lulus (krn tlh ambil cuti tanpa gaji-awal ramadhan)…kurang stress sedikit dengan bab2 kerja di ofis…walaubagaimanapun, Aidilfitri ini terasa kurang meriahnya dan terasa amat singkat…

Malam raya, ku kecoh di dapur menyiapkan juadah hari lebaran serta jamuan untuk jemaah datang takbir raya di rumah…juadah disediakan bukanlah secara tradisional, tetapi menggunakan perencah yang terdapat di pasaran…itu yang dapat ku sediakan buat keluargaku…orang yang paling membuatku tersenyum di malam raya adalah Asyraf…Kg Tunku, PJ adalah kampung buat Asyraf…dengan peluh menitik…sibuk melayan kawan2nya…walaupun hari telah mencecah tengah malam namun Asyraf masih lagi bersemangat untuk bertakbir dari rumah ke rumah…pulang rumah jam 1 pagi…

Syawal menjelang…ku berhari raya bersama Ayah dan adik beradikku di Kg Tunku, PJ…hati sayu mengenang arwah bonda…raya pertama di pj tanpanya…Al-Fatihah

Raya ke-2, ikut perancangan kami, pulang ke Balik Pulau, P.Pinang…perjalanan di lebuhraya agak lancar, namun tersangkut di Jambatan Pulau Pinang selama 1jam 30 minit kerana kabel TNB terbakar…
Lepas penat di Balik Pulau, hajat hati ingin beraya di rumah sanak saudara…namun hajat hancur setelah Amir bersuara “Home”, maka kami sekeluarga bersalaman dengan ibu serta kakak/adik di Balik Pulau dan meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur…Di dalam kereta, Amir gembira…tau nak balik rumah…kami pasrah…asalkan Amir gembira…

Tiba sahaja di rumah, Amir bersuara…”computer…on computer, please” rindu benar Amir dengan komputernya…dikeluarkan blok abjad, mainan puzzle yang ada tersusun di almari dan mula bermain dengan semua mainannya…
Walaupun komputer Amir on, Amir akan meneruskan aktiviti2 lain seperti mewarna, membuat kiraan matematik di buku aktivitinya, mengeja menggunakan blok abjad dan lain2…

Memang terasa Aidilfitri ini agak singkat kerana banyak meluangkan masa di rumah sahaja…bertemu sanak saudara memang lah ada tapi untuk masa yang singkat (jdlah, dr x jmp lgsg)…
Kami ada juga mencuba untuk pergi ke open house Aidilfitri ini…dari pemerhatianku Amir boleh bertahan 10-15 minit sahaja…cukuplah menjamah satu juadah dan bersalaman dengan tuan rumah…

Aidilfitri ini kami hanya maukan yang terbaik untuk Amir…kami tidak maukan Amir stress…kami cuba elakkan Amir dari mengetuk kepalanya…bukan kami menuruti segala kemahuannya…tetapi kami ingin mengurangkan segala kerunsingan, ketidakselesaannya kepada persekitaran…

Buat masa ini, dapat ketenangan dalam keluarga kami kerana diriku sendiri yang menguruskan Amir…pabila Amir stress atau mau mengamuk…ku dekati dirinya, ribanya…usap kepalanya untuk menenangkannya…Alhamdulillah, segala apa yang kucuba lakukan bersama Amir nampak ada progresifnya…bila panggil namanya dia akan pandang ke mukaku…Alhamdulillah…

Akan mengambil masa untuk Amir menyesuaikan dirinya…atau lebih tepat…kami menyesuaikan diri kami didalam situasinya…kini ku sedang pelajari untuk menyesuaikan diriku di dalam persekitaran Amir…
Yang dapat ku lihat dengan jelas…Amir tidak mau ditinggalkan seorang diri…pintu bilik tidak boleh dikunci kerana Amir akan datang mencariku dimana ku berada di rumah ini…nampak saja kelibatku, nampak senyuman dibibirnya…

Dinding dirumahku juga agak unik…tiada designer wallpaper yang canggih/menarik…tetapi “wallpaper” hasil tangan Amir yang menggunakan flash cardnya menghiasi dinding rumahku…hari-hari Amir akan periksa flash cardnya kalau ada yang tercabut akan ditampalkannya dengan cermat…kalau ada yang senget…akan dibetulkannya jua…sambil2 dibetulkan, Amir akan membaca setiap flash card yang ditampal…sekiranya ku berada dipersekitarannya, maka Amir menjadi guru dan diriku menjadi muridnya…

Kami sedang berusaha gigih untuk Amir berkomunikasi dengan kami…buat masa ini, belum ada perubahan drastik…masih dalam proses pembelajaran…dan kami sentiasa mencari kaedah2 yang terbaik dan efisen supaya Amir boleh berkomunikasi dengan kami…

Sehingga blog yang akan datang…Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin…

Bookmark and Share

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: