1amirasyraf's Blog

share anything and everything in our lives

Cerita: Pak Nil…Ibu Kirim Salam

on 09/28/2010

Aidilfitri ini, banyak tengok drama-drama tempatan yang disajikan di tv1, tv2, tv3 dan astro. Di Astro Prima, ditayangkan drama bertajuk Pak Nil…Ibu Kirim Salam, arahan/jalan cerita oleh Asmawi Ani (Mawi)…tengok sinopsis cerita macam best…

Mengisahkan seorang budak lelaki ‘istimewa’ yang diberi nama A. Ramlan yang obses dengan Pak Nil Tom Tom Bak (Aznil Hj Nawawi). Rutin hariannya perlu ada Pak Nil Tom Tom Bak…ku menonton drama ini ditemani oleh Asyraf…

Banyak tingkah laku yang dilakonkan oleh Along Cham Raja Lawak mengingatkan ku kepada anakandaku Amir. Sebagai contoh, bila bersalaman dengan orang, tangan orang akan diangkat ke pipinya…bercucuran airmataku tatkala aku melihat babak2 itu.

Drama ini mampu memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai kanak-kanak autisme maupun orang dewasa autisme. Drama ini juga memberi pendedahan mengenai ajaran sesat, buang anak serta penderaan.

Perjalanan dan liku hidup A. Ramlan digambarkan dengan baik didalam cerita ini…didera oleh ibu tiri, pendidikan agama diterapkan oleh Ayahnya sehingga Ayahnya meninggal, pengalaman perjalanannya untuk bertemu dengan Pak Nil (selepas didera ibu tirinya)…

Satu lagi pendedahan ketara drama ini adalah kepada anakandaku, Asyraf. Airmata Asyraf juga mengalir semasa menonton drama ini. Bila ditanya kenapa Asyraf nangis…jawabnya, kenapa perlu dipukul Ramlan tu…Lan cuma nak jumpa Pak Nil…kenapa orang buat Lan macam tu…kata Asyraf dengan linangan airmata…

Kucuba tenangkan diri Asyraf dengan memberinya semangat untuk belajar bersungguh2 supaya Asyraf dapat menjaga Amir satu hari nanti…Ku juga berpesan agar kita senantiasa bersabar apabila berurusan dengan orang golongan istimewa…

Syabas buat Mawi atas drama ini…moga akan ada banyak lagi drama2 yang berunsur pendedahan kepada isu2 sosial yang sedang melanda negara kita ini…

Harapan ku amat besar…agar Amir dapat berdikari pabila ku tiada lagi…InsyaAllah…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: