1amirasyraf's Blog

share anything and everything in our lives

There’s a sun but eclipse is on the path…

on 10/06/2010

TQ 2 FB groups setup for special needs children’s parents, memberi ruang kami berkongsi pengalaman, beri kata semangat, membuka minda kami mengenai kelebihan anak masing2…

Ada jumpa peluang untuk memberi bantuan kepada Amir, berbincang dengan hubby, kami tidak dapat menampung perbelanjaan Amir sekiranya kami mendaftarkan Amir ke program itu…

Sedih hatiku…bila menyedari akan hakikat bahawa buat masa ini, kami boleh menampung perbelanjaan harian keluarga kami…
Memang program itu bagus untuk Amir, sekiranya Amir masuk ke program itu, ku boleh meneruskan kerjayaku…tapi…kami akan tenggelam lebih dalam lagi dalam kehidupan yang penuh dengan hutang piutang…

Tuhan menguji kami…kami perlu tabah menghadapinya…ku perlu berkorban demi keluarga ini…

Sayang sungguh Amir tidak dapat mendaftarkan diri dengan program itu…ia boleh menjamin kehidupannya…mungkin belum masanya Amir daftar dalam program itu…ku perlu tabah dengannya, mungkin dengan ku perlu membuat program untuknya dan melupakan tentang kerjayaku (untuk sementara waktu atau untuk selamanya??)

Kalau nak difikirkan sebagai seorang ibu adalah satu kerjaya juga…kerjaya yang telah ditentukan oleh Allah buat kaum wanita…

Kekadang sedih hati ni bila ingatkan seronoknya kalau berkerjaya, dapat jumpa kawan2 kerja…namun semua terpadam apabila Amir mengamuk atau geram kerana tidak dapat luahkan apa yang ada dihati/fikirannya…kerinduan kepada kerjayaku terubat apabila melihat Amir mampu tersenyum serta gelaktawanya dapat mencuit hatiku…sedikit sebanyak Amir dapat menyampaikan apa yang dia mahu melalui kata2 yang terhad ataupun dengan jarinya (Amir akan tunjuk kepada barang/arah yang Amir mahukan) Alhamdulillah Amir mampu berkomunikasi…buat masa ini hanya diriku faham dan akur dengan kehendaknya…

Namun kutau dengan cara begini Amir tidak akan mampu untuk meneruskan kehidupannya diluar sana tanpaku disisinya…InsyaAllah rezeki akan ada untuk kami membantu Amir melangkah sendiri ke dunia luar…InsyaAllah…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: