1amirasyraf's Blog

share anything and everything in our lives

Cuti Umum pertama bagi sesi persekolahan 2011

on 01/20/2011

Hari ini cuti umum – Thaipusam. Amir dan Asyraf telah diberikan kerja rumah oleh guru-guru mereka.
Hajat hati pagi ini adalah pastikan Amir dan Asyraf berjaya melaksanakan semua kerja rumah yang telah diberikan sebelum aktiviti bersiar-siar ataupun aktiviti permainan di komputer.

Pada mulanya, sesi berjalan lancar…Asyraf dengan kerja mewarna serta menulis…Amir pula perlu menyiapkan kerja Matematik dan English. Oh ya, lupa pula nak bgtau…Amir sekarang memulakan pelajaran di Tahun Satu (aliran Khas); jadi buku kerja Amir sama dengan Asyraf (macam anak kembar pula).

Asyraf mampu untuk melaksanakan tugasannya dengan sendiri (tapi Mama kena ada sebelah, kalau tak asyik buat aksi Ultraman Nexus, je); tumpuan diberikan kepada Amir untuk menghabiskan tugasan Matematiknya…terkial-kial juga lah Mama nak ajar…dalam buku menggunakan bahasa Melayu…walhal Amir sejak dari kecil fasih bertutur English…Mama baca arahan dalam bahasa Melayu…Amir jawab dalam English (kelam kabut otak Mama nak proses, fenin kejap!!!)

Semasa kami (Amir & Mama) ingin maju ke halaman buku seterusnya, Amir terlihat kelibat Papa…Amir mula resah dan tidak mahu beri kerjasama…hatiku hancur…segala yang dirancangkan hampir musnah…
Amir mengamuk dan tidak mahu meneruskan kerjanya dimana Asyraf berjaya melaksanakan kesemua kerja yang telah diberikan…Disebabkan tidak mahu menambahkan stres/paksaan kepada Amir, kami sekeluarga bersetuju keluar bersiar-siar…destinasi pertama ziarah Atuk Amir & Asyraf…kemudian cari beg sekolah untuk Asyraf.

Pulang ke rumah, Asyraf & Mama mengemas beg sekolah baru…yeay…senyuman di bibir Asyraf menghilangkan resah dan penat pagi tadi (sesi Amir mengamuk)…selesai tugasan dengan Asyraf…ku panggil Amir…”Amir, xnk finish homework ke? Esok sekolah!!! Amir turun kebawah…dipandangnya wajahku…
Lalu, ku ambil buku kerja Amir, pensil case dan pensil warna letak di meja tulisnya…Amir pegang tanganku…”Mama, sit down”, kata Amir…Kami sama-sama duduk…Amir buka buku kerja Matematik…dan pegang pensil…Amir tunggu kupegang pergelangan tangannya (Amir x akan menulis selagi ku tidak memegang tangannya) apabila sedia…Amir dapat melaksanakan tugasan kerja Matematik dengan lancar…seperti sesi pagi…baca arahan dalam bahasa Melayu…Amir jawab dalam English…ada sekali dua Amir akan menyebut nombor-nombornya dalam bahasa Melayu (tp bunyi pelat…mcm Mat Saleh baru cakap bahasa Melayu)…
InsyaAllah, Amir akan fasih bertutur dalam bahasa Melayu melalui terapi pertuturannya…
Tidak sampai sejam kami bersama, Amir telah pun selesai kerja-kerja rumah yang diberikan (Matematik dan Bahasa Inggeris)

Alhamdulillah, berjaya jua aku…terasa satu bebanan telah pun selesai…ku berikan pujian kepada Amir (Good job Amir! Good work Amir!! Amir habiskan kerja sekolah)…Amir cuma jawab “no sekolah”….adehhhh…dlm hati ku berkata mmg la hari ni x sekolah tapi esok kena pegi sekolah…ku cuma mampu tersenyum sambil usap kepalanya…Hadiah yang paling berharga untuk Amir ialah Amir boleh main PS2 (hehehe)

Esok, sekolah…Ya Allah, berikanlah ku kekuatan dan kesabaran untuk memujuk Amir ke sekolah esok…InsyaAllah, harap Amir akan tenang untuk ke sekolah esok…the drama begins…

Amir & Asyraf…permata hatiku…nyawaku…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: