1amirasyraf's Blog

share anything and everything in our lives

Selamat Harijadi Wan Muhammad Amiruddin…

on 07/30/2011

2011, Wan Muhammad Amiruddin menjangkau usia 11 tahun…
Amirku…11 tahun telah menjalani kehidupanmu bersama Mama…membesar dengan Mama…persoalan yang senantiasa berdetik dihati Mama, adakah Mama telah buat yang terbaik buat dirimu??
Maafkan Mama sayang, kekadang peluang untuk menghantar Amir ke terapi tidak kesampaian dek kerana kekangan kewangan…InsyaAllah, Mama & Papa sedang berusaha untuk memberikan peluang yang terbaik untuk Amir.

Setiap tahun Mama berjanji akan menulis blog harijadi khusus untuk Amir dengan harapan yang besar bahawa satu hari nanti Amir dapat membuka blog ini dan membaca kesemua luahan hati Mama…
Sesungguhnya, keputusan Mama untuk meninggalkan kerjaya Mama demi menjaga Amir tidak pernah Mama kesali…Mama bangga dengan setiap detik dapat bersama Amir. Banyak yang dapat Mama pelajari sepanjang menjaga Amir sepenuhnya. Banyak dugaan, tomahan serta cabaran kita tempuhi bersama.

Ya Allah, aku bersyukur kerana telah diberikan peluang untuk menjaga, membelai serta mendidik anak istimewaku ini…

Amir, Mama ingin mohon maaf sekiranya sepanjang Mama menjaga Amir sepenuhnya ada ketikanya Mama marah pada Amir; Mama tau agar sukar untuk Amir fahami setiap arahan Mama, Mama janji Mama akan cuba perbaiki diri Mama…Mama akan cuba untuk tingkatkan kesabaran Mama buat anak Mama tersayang. Amir sekarang dah semakin besar…nak meningkat remaja…kekuatan Amir bertambah…ada masanya Mama merasakan Mama tidak mampu untuk menjaga Amir…kekadang kesihatan Mama terganggu…Mama bangga dan terharu kerana Amir seakan faham dengan keadaan kesihatan Mama…

Mama ingat lagi waktu Mama ambil Amir dari sekolah, Mama nampak Amir senyum tatkala terpandang wajah Mama, namun masa itu Mama sedang batuk teruk & semput…Amir pegang tangan Mama; sepatutnya Mama yang pimpin Amir ke kereta, tapi pada waktu itu, Mama dapat rasakan bahawa Amir yang pimpin Mama ke kereta…Mama sungguh tersentuh, kekuatan diri terus mengalir di badan Mama, dengan kudrat yang ada Mama pandu kereta bawa kita pulang…pulang ke rumah Amir berkelakuan amat baik…Amir tolong Mama turunkan beg sekolah Amir dan bawa masuk kerumah…saat itu seakan terhenti, Mama bangga dengan Amir!! Good job, Amir…

Amir, Mama tau banyak yang Mama janjikan dengan Amir namun adakalanya janji itu tidak dapat dilaksanakan…InsyaAllah, Mama akan cuba buat yang terbaik untuk Amir.
Amir banyak mengajar Mama erti kesabaran…Amir juga banyak memberi “kekuatan” kepada Mama untuk menempuh hidup ini…Bila Mama menjaga Amir sepenuhnya, Mama dapat rasakan kita semakin “rapat”, walaupun Amir tidak dapat meluahkan dengan kata-kata, namun setiap kelakuan serta perbuatan harian Amir membuatkan Mama terus bangga dengan peningkatan diri Amir…
Mama harap Mama telah memenuhi harapan Amir untuk berada bersama Amir setiap detik hidup Amir.

Harapan Mama pada Amir amatlah besar…namun setiap “masalah” atau tantrum yang dapat kita tempuhi setiap hari adalah kejayaan besar buat kita, sayang…
Mama tau Amir boleh berjaya…Mama akan curahkan setiap titik kasih sayang Mama kepada Amir…Mama juga akan cuba mencari peluang untuk membantu Amir untuk mencapai matlamat hidup ini Amir supaya Amir dapat berdikari…supaya Amir dapat diterima masyarakat…

Amir, kaulah nyawaku…kaulah kekuatanku…Mama sayang pada Amir.
Selamat harijadi ke sebelas, sayangku Wan Muhammad Amiruddin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: