1amirasyraf's Blog

share anything and everything in our lives

Apa ku rasa…

on 09/14/2011

Sebagai ibu,saya ingin melihat anak-anak saya berjaya…kadangkala datang perasaan “cemburu” apabila parents bercerita mengenai kejayaan anak-anak mereka…bukannya saya tidak bersyukur dengan kemampuan anak saya lebih-lebih lagi Amir, anak autisme yang menjadi tumpuan utama dalam kehidupan saya kini. Saya cuma manusia biasa yang tidak lekang dari mempunyai perasaan “cemburu”.
Setelah hampir setahun bertungkus lumus menjaga, mendidik sendiri tanpa bantuan sesiapa ie: “maid”, saya berjaya memahami Amir. Amir banyak mengajar saya erti kehidupan, kesabaran serta ketakwaan. Waktu saya masih berkerjaya, saya selalu merasa putus asa dan sering “bad temper” dengan anak-anak terutamanya Amir. Kesian Amir; maafkan Mama, sayang.
Namun sekarang, semua itu tinggal hanya sebagai kenangan. Kini, saya boleh menyatakan dengan penuh kebanggaan, saya lebih memamahami Amir. Walaupun saya tidak “bersembang” dengan Amir…tetapi saya berjaya mengetahui isi hatinya serta kemahuannya. Dulu, saya tergesa-gesa dan tidak sempat memberi peluang kepada Amir untuk meluahkan perasaannya…Mama sibuk dengan kerjaya Mama sehinggakan Mama tidak “nampak” apa yang cuba Amir nyatakan…
Perubahan kecil dalam diri Amir menjadi kejayaan yang besar buat kami…sekiranya seharian bersama Amir dan Amir tidak pernah pukul kepalanya adalah kejayaan yang amat besar buat diri kami…namun begitu saya tidak mengharapkan perubahaan drastik buat Amir, kerana Amir masih dalam proses “pembelajaran”. Amir masih belajar untuk bercakap…sekarang Amir sudah “ringan mulut” untuk berbicara…walaupun sepatah dua…kami amat berbangga dengan kejayaan Amir kerana kami boleh memahami kehendak Amir. Saya nampak Amir makin tenang…senyum dibibirnya sentiasa terukir berbanding dulu hanya kepala/dahinya sentiasa kelihatan merah dek asyik dipukulnya.
Saya pernah berbincang dengan suami mengenai pendidikan Amir, kami bersetuju untuk tidak meletakkan harapan yang tinggi buat Amir. Saya risau sekiranya harapan tinggi dan ia tidak dapat dicapai, saya tahu akan diri ini akan merasa kecewa dan putus asa. Untuk mengelak dari ianya terjadi, saya dan suami akan sentiasa memberi dorongan buat Amir untuk “menyesuaikan” dirinya dalam komuniti ie: sekolah, keluarga dan persekitarannya.
Kini, saya hanya letak matlamat harian dimana sekiranya Amir tidak “mengamuk” dan ketuk kepala, ia adalah kejayaan buat Amir. Esoknya akan menjadi matlamat yang berbeza. Mungkin cara saya ini salah atau tidak mengikut prosidur membantu anak-anak istimewa menyesuaikan diri, tetapi saya dapati ini adalah cara paling sesuai untuk mengurangkan stress buat kami berdua. Kami dapat memahami keperluan masing-masing. Apabila kurang stress dan tantrum, maka kami dapat dilihat seperti keluarga “normal”.
Menjaga Amir sepenuh masa telah mengajar saya pelbagai perihal mengenai anak saya ini. Bangun dari tidur, memakai baju kadangkala boleh membuatkannya “tersentap”. Segala-galanya perlu dilakukan dengan penuh teliti dan dihalusi…suara kita untuk bercakap dengannya perlu berada pada pitch yang boleh diterimanya. Kini, kalau ingin berurusan dengan Amir, saya perlu menenangkan jiwa saya dan dengan penuh kesabaran merapati Amir dengan penuh hati-hati dan cermat, dan tindakbalas yang diterima amatlah memberangsangkan. Sekiranya saya berada dalam keadaan marah ataupun Amir dalam mode tantrum, saya akan menenangkan diri dulu dan tidak akan merapatinya. Untuk mencapai kepada 0 stress & tantrum, masih jauh lagi perjalanan kami, banyak lagi ranjau berduri yang perlu saya tempuhi, InsyaAllah…Saya sentiasa berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan serta ketabahan menempuh hari bersama Amir.

Advertisements

One response to “Apa ku rasa…

  1. ummu fudhail amin says:

    Mungkin ini saja Ujian Allah utk kita di dunia yg sekejap ni utk kita tangani dr perpektif rabbani.
    R’llah bertabya shbt..Apakah engkau sudah beriman?.. jwb shbt..Aku sudah beriman..Sabda Baginda..Apakah engkau mengakui beriman sdgkan engkau BELUM DIUJI..aPALAH ERTI UJIAN INI BERBANDING DGN SYURGA YG DITAWARKAN kpd org2 yg sabar dan mengerti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: