1amirasyraf's Blog

share anything and everything in our lives

New routine without you…

on 10/15/2011

Minggu ni minggu paling sukar buat keluarga…hubby mula kerja di Iraq. Rezeki anak-anak, dia hanya wakil tolong ambilkan aje, kata hubby. Minggu ni banyak airmata serta keringat/peluh keluar. Pelbagai karenah perlu ditangkis (macam cerita kungfu), perlu difahami demi kebaikan anak-anak.

Ada yang berpendapat diriku sudah menyesuaikan diri dengan Amir ie I have “peace” with all the schedule…namun hanya diri ini sahaja yang tau apa terjadi disebalik pintu yang tertutup rapi…Banyak nasihat kuterima seperti perlu “menebalkan” muka, perlu ada tahap kesabaran tinggi demi mendidik Amir untuk menyesuaikan diri pada persekitarannya…ku terima; ada kebenarannya…namun diri ini merasakan belum kuat untuk menempuhnya seorang diri. Ku tahu ku perlu “pantas” menguatkan semangatku dan meningkatkan kesabaran demi Amir. Namun, ku hanyalah manusia biasa, wanita yang punya perasaan kecewa, emosi sensitif, ku masih belum sempurna…

Walauapapun, ku tetap berdoa agar Allah memberikanku kekuatan, semangat untuk menempuh segala ujian, dugaan yang diberikan. Adakala ku berasa putus asa…ku pasrah…ku rasakan ketiadaan hubby disisi amat mencabar…adakala ku berasa amat marah pada hubby…namun ku sedar…dia kesana demi masa depan anak-anak…kami belum mampu untuk memberikan terapi yang secukupnya untuk Amir; belum dapat memberikan terapi alternative atau menyediakan supplemen yang bersesuaian buat Amir. Dengan kerja baru hubby, insyaAllah kami akan lakukan dan sediakan apa-apa yang terbaik buat Amir.

Ada aktiviti yang disarankan kepada Amir, mencuba sesuatu yang baru…walaupun ia satu pengalaman berharga buat Amir namun ia adalah satu cabaran besar buat diriku dimana akan melibatkan tenaga serta emosi dan menguji kesabaran. Ku belum bersedia untuk membenarkan Amir mencuba sesuatu yang baru sedangkan aktiviti rutin pun Amir tantrum…

Alhamdulillah, sekarang ini Amir makin aktif untuk “bersuara” semasa tantrum…dulu ketuk kepala di dinding atau lantai…sekarang nie ketuk kepala tetapi akan sebut “wrong” ataupun “mama cry”; ia menunjukkan respons tidak setuju dengan arahan kita…ku baru saja berjaya memamhaminya 2-3 hari ini…nak faham apa Amir kata…agak sukar kekadang ku kenal menangis, “emotionally drained” baru la dapat faham apa sebenarnya Amir nak…Selalunya selepas Amir tantrum, Amir akan datang padaku “Mama, hug”, “Mama, hug harder” ku kan peluk Amir seerat-eratnya sehinggakan ku dapat semula “energy” dari Amir…setelah puas dipeluk, Amir akan lepaskanku dan berkata “Mama, watch tv”, seolah-olah menyuruhku berehat…ku akan lakukan untuk 5 minit sebelum sambung membuat kerja rumah atau memerhatikan Amir membuat aktiviti harian…

Ku hanya “dilepaskan” oleh Amir sekiranya home-tutornya ada. Ketika cikgu sampai Amir akan berkata “Bye mama, mama upstairs” serta menundingkan jari ke tangga…ku akan naik ke tingkat atas untuk melepaskan lelah…selesai sejam bersama home-tutor, Amir akan naik ke atas dan menarik tanganku untuk membuka pintu…comelkan tingkahlakunya? Tingkahlaku ini akan membuat ku tersenyum…kalau wajah Amir senyum semasa mengambil tanganku…ku akan faham bahawa segala “worksheet” atau aktiviti dengan cikgunya berjaya dilakukannya…kalau tiada senyum terukir, kena layan extralah lepas cikgu balik sebab Amir akan “frust”….masa tulah akan mengamuk bila mama bawakan air atau snek…so, mama kena pujuk (figure out apa yang x kena)….baru semua ok, back as usual routine…
“Mama always have to be alert for any minor reaction from Amir.”

Walauapapun rintangan, cabaran yang melanda diriku, ku sedar anak-anak bergantung harap padaku. “Bring it on” InsyaAllah, ku akan redah, tempuh apa yang ada didepanku demi Amir & Asyraf…ku benar-benar berserah kepada Allah SWT untuk segala-galanya…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: