1amirasyraf's Blog

share anything and everything in our lives

November 2013…12 Muharram 1435

on 11/16/2013

Assalamualaikum…lama sungguh tak meluahkan perasaan di sini…

Tahun 2013, tahun yang mencabar dalam menghadapi segala rintangan namun dengan kuasaMU Ya Allah…Alhamdulillah dapat juga hambamu ini menempuh segala ujian yang telah Kau berikan.

Airmata, luka, lebam, namakan apa saja yang bersangkut paut dengan perasaan dan tingkahlaku kita sebagai manusia telah kami lalui sebagai satu keluarga – Keluarga ahli Autisme.

Kemurungan dan kekecewaan sentiasa berlegar di sekelilingku sepanjang mengurus putera hatiku Amir secara sendirian. Pelbagai reaksi dan tindakbalas darinya terpaksa kutempuhi dan FAHAMI. Ya, aku perlu fahami kenapa Amir “meltdown” ataupun “tantrum”. Dengan memahami tingkahlakunya dapat kutenangkan Amir dengan cepat. Puteraku Amir adalah seorang yang berjiwa sensitif, dia tidak dapat menerima orang yang disayanginya terutamanya Mama marah padanya atau meninggikan suara kepadanya. Apa yang kufahami ialah sekiranya aku marah padanya dan meninggikan suaraku…Amir merasakan dirinya dibenci. Reaksinya: Amir akan ketuk kepala, cuba cederakan dirinya, memukul diriku atau cuba mencederakan diriku.

Untuk menangani situasi begini, aku perlukan sokongan. Suamiku? Beliau mencari nafkah di negara yang mempunyai 6835.22 kilometer jauhnya dari Malaysia. Bukan niatku untuk memburukkan suamiku. Jangan salah faham. Suamiku adalah seorang yang pendiam. Namun sesekali beliau berkata-kata, maksud yang ingin disampaikannya amat mendalam, perlu menggunakan akal fikiran bukan dengan emosi.

Setahun yang lalu, banyak emosi telah bercampur baur dalam menangani dan mengurus anak-anak serta keluarga. Yang pasti, emosi sentiasa kalah. Kemurungan sering hadir. Banyak kelemahan diri ini perlu diperbaiki dan sedang diperbaiki. Bila emosi menguasai, pelbagai kelemahan diri terpancar. Kita tidak dapat berfikiran secara tenang. Pada satu waktu dahulu, aku terlampau percayakan bahawa aku perlu menyuarakan pendapatku secara lantang. Namun segala reaksi atau tindakbalas tidak pernah memuaskan kehendakku. Perhubungan komunikasi dengan suami amat tegang. Sehinggalah aku layari Facebook (FB) untuk mencari sokongan yang aku rasa perlu. Aku mula membaca blog-blog tazkirah dan ada juga rakan-rakan yang meletakkan imej-imej tazkirah di FB timeline mereka sehingga membuatkan aku teringatkan nasihat daripada suamiku yang berada jauh dariku – “Tak perlu cakap dengan sesiapa, Allah sentiasa ada”. Ya Allah besar sungguh kuasaMu. Setiap ujian yang diberikan adalah untuk menyedarkan aku bahawa aku masih dicintaiMu. Alhamdulillah, terima kasih Allah. Allahuakbar.

Setelah mengadu kepadaNya yang maha Esa, Penyayang lagi Pemurah…segala urusan mengenai dengan anak-anak, perhubungan suami-isteri dan juga urusan duniawi dapat aku tempuhi seorang diri dengan begitu tenang. Segala airmata kucurahkan kepadaNya, Alhamdulillah aku dapat bertatih dan mendapat semangat baru untuk menempuh segala ujian dalam urusan anak-anakku serta keluargaku. Syukur kepadaMu, kini aku merasakan ruang komunikasi dengan suamiku telah pulih, InsyaAllah.

Moga aku konsisten dengan apa yang aku lakukan sekarang, doakan diriku serta keluargaku.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: