1amirasyraf's Blog

share anything and everything in our lives

Dugaan Ramadhan 2011

Pada 10:45 pagi tadi dikejutkan dengan panggilan dari sekolah Amir…guru penyelaras PIPK sekolah Amir maklumkan bahawa Amir sedang “tantrum”dan guru-guru tidak dapat mengawalnya lagi…APA DAH JADI?? Hantar ke sekolah tadi elok aje Amir…Bergegas ke sekolah Amir, Asyraf ku tinggalkan dengan Ayah (sian Ayah kena melayan si Asyraf, maaf ya Ayah). Sampai di sekolah Amir, berlari anak untuk tengokkan Amir…tatkala terpandang wajah Amir, ku nampak Amir seperti dalam keresahan…muram wajah anakku ini…ku berjumpa guru kelas bertanyakan apa yang terjadi…Guru maklumkan padaku secara tiba-tiba apabila waktu pelajaran hendak habis Amir mula “mengamuk” telah memukul semua rakan kelasnya…ku sedari pukulan Amir amat kuat (pernah kena) dan Amir telah mengetukkan kepalanya ke dinding konkrit jadi guru panik tak tahu nak buat apa. Ku mengangguk faham akan situasi tersebut. Guru penyelaras PIPK mohon kami bawa Amir berjumpa doktor; beliau menyarankan agar Amir diberikan perubatan untuk mengawal tingkahlakunya…Guru kelas Amir tekankan perubahan tingkahlaku ini sejak dua minggu ini…

Perasaanku bergolak…apa dah jadi dengan Amir…nak aje ku meraung sekuat-kuat hati di sekolah Amir tadi…namun ku kawalkan emosiku…hatiku merundum…apa yang telah terjadi sehingga Amir bertindak sebegitu?? Di rumah Amir ok…kenapa segala tingkahlaku ini terjadi di sekolah?? Ku cuba beri pelbagai alasan: Ramadhan…waktu makan terganggu kerana ku tidak makan bersamanya? Adakah dia bosan di sekolah? Adakah mungkin kerana segala aktiviti terapi (spt: terapi renang, Gerko, bowling, taekwando) telah dihentikan pada bulan Ramadhan??? Ku buntu…

Setelah mendapat persetujuan guru, ku bawa Amir pulang…Amir berkata “KFC”…ku pandu kenderaanku (agak laju kerana risaukan Asyraf & Ayah) sampai di KFC, belikan makanan untuk Amir dan pulang ke rumah Ayahku…dalam kereta Amir tersenyum dapat ayam KFCnya…”lapar anak Mama, ye”

Sampai di rumah Ayahku, ku bawa Amir turun…Amir sambung makan sambil menonton Disney Channel…ku melayan Amir sepenuh hati…suapkan ayam dicicahkan dengan sos cili…habis 3 ketul drumstick…ok je Amir…xde apa2…x ketuk kepala…*bingung memikirkan Amir*
Ayah bertanya…Amir mengamuk disekolah ke? Ku angguk…Ayah pandang wajah Amir…Amir ok je tu, dia boring kot di sekolah atau ada orang usik dia?, ujar Ayah. Ku kata tiada orang usik, cikgu xde bagitau apa2 pun…

Asyraf siap mandi dan berpakaian untuk ke sekolah…seronok tengok Mama dah sampai nak ambilnya ke sekolah…Maaf ya Ayah…arini tak sempat nak berborak…masa tak cukup sebab Amir wat hal…Ayah sunyi ku tau…

Setelah hantar Asyraf ke sekolah, sampai dirumah…Amir ok je, macam hari2 biasa…ku mesej suamiku, memaklumkan kejadian pagi ini…suami mohon rujuk kepada doktor pakar kanak-kanak kami (sepupuku)…menurutnya (setelah bertanyakan beberapa soalan mengenai tingkahlaku serta perubahan yang mungkin berlaku pada Amir *banyak juga yang ditanya*) Amir sedang melalui proses ke alam remaja (hormonal changes during puberty) beliau cadangkan agar ku berjumpa dengan pakar psikologi untuk tingkahlaku agar dapat membantu Amir akan perubahan dirinya…ku maklumkan kepada suamiku yang akan berusaha membuat temujanji dengan pakar tersebut…

Dimataku Amir masih lagi seorang kanak-kanak kecil…hakikatnya Amir sedang meningkat remaja…*maafkan Mama, Mama belum bersedia dengan Amir “growing up”*…”hormon changes”, “puberty”, “please check on any physical changes (ie: facial hair, armpit hair you might see”- terngiang2 kata2 doktor…ku perlu bersedia!!! dah bersedia ke belum, google la kalau nak tau, anak dah besar!!! Satu lagi episod besar akan berlaku yang mana akan memberi impak besar dalam hidupku serta anak2 adalah apabila suamiku mula bekerja diluar negara kelak…ku kan keseorangan menangani segalanya; ku perlu bersedia!!! inilah dugaanku di bulan Ramadhan yang mulia ini…

Ya Allah, kuatkanlah imanku, berikanlah semangat buat diriku untuk menempuh segala dugaan ini…Amin…

Leave a comment »

Selamat Harijadi Wan Muhammad Amiruddin…

2011, Wan Muhammad Amiruddin menjangkau usia 11 tahun…
Amirku…11 tahun telah menjalani kehidupanmu bersama Mama…membesar dengan Mama…persoalan yang senantiasa berdetik dihati Mama, adakah Mama telah buat yang terbaik buat dirimu??
Maafkan Mama sayang, kekadang peluang untuk menghantar Amir ke terapi tidak kesampaian dek kerana kekangan kewangan…InsyaAllah, Mama & Papa sedang berusaha untuk memberikan peluang yang terbaik untuk Amir.

Setiap tahun Mama berjanji akan menulis blog harijadi khusus untuk Amir dengan harapan yang besar bahawa satu hari nanti Amir dapat membuka blog ini dan membaca kesemua luahan hati Mama…
Sesungguhnya, keputusan Mama untuk meninggalkan kerjaya Mama demi menjaga Amir tidak pernah Mama kesali…Mama bangga dengan setiap detik dapat bersama Amir. Banyak yang dapat Mama pelajari sepanjang menjaga Amir sepenuhnya. Banyak dugaan, tomahan serta cabaran kita tempuhi bersama.

Ya Allah, aku bersyukur kerana telah diberikan peluang untuk menjaga, membelai serta mendidik anak istimewaku ini…

Amir, Mama ingin mohon maaf sekiranya sepanjang Mama menjaga Amir sepenuhnya ada ketikanya Mama marah pada Amir; Mama tau agar sukar untuk Amir fahami setiap arahan Mama, Mama janji Mama akan cuba perbaiki diri Mama…Mama akan cuba untuk tingkatkan kesabaran Mama buat anak Mama tersayang. Amir sekarang dah semakin besar…nak meningkat remaja…kekuatan Amir bertambah…ada masanya Mama merasakan Mama tidak mampu untuk menjaga Amir…kekadang kesihatan Mama terganggu…Mama bangga dan terharu kerana Amir seakan faham dengan keadaan kesihatan Mama…

Mama ingat lagi waktu Mama ambil Amir dari sekolah, Mama nampak Amir senyum tatkala terpandang wajah Mama, namun masa itu Mama sedang batuk teruk & semput…Amir pegang tangan Mama; sepatutnya Mama yang pimpin Amir ke kereta, tapi pada waktu itu, Mama dapat rasakan bahawa Amir yang pimpin Mama ke kereta…Mama sungguh tersentuh, kekuatan diri terus mengalir di badan Mama, dengan kudrat yang ada Mama pandu kereta bawa kita pulang…pulang ke rumah Amir berkelakuan amat baik…Amir tolong Mama turunkan beg sekolah Amir dan bawa masuk kerumah…saat itu seakan terhenti, Mama bangga dengan Amir!! Good job, Amir…

Amir, Mama tau banyak yang Mama janjikan dengan Amir namun adakalanya janji itu tidak dapat dilaksanakan…InsyaAllah, Mama akan cuba buat yang terbaik untuk Amir.
Amir banyak mengajar Mama erti kesabaran…Amir juga banyak memberi “kekuatan” kepada Mama untuk menempuh hidup ini…Bila Mama menjaga Amir sepenuhnya, Mama dapat rasakan kita semakin “rapat”, walaupun Amir tidak dapat meluahkan dengan kata-kata, namun setiap kelakuan serta perbuatan harian Amir membuatkan Mama terus bangga dengan peningkatan diri Amir…
Mama harap Mama telah memenuhi harapan Amir untuk berada bersama Amir setiap detik hidup Amir.

Harapan Mama pada Amir amatlah besar…namun setiap “masalah” atau tantrum yang dapat kita tempuhi setiap hari adalah kejayaan besar buat kita, sayang…
Mama tau Amir boleh berjaya…Mama akan curahkan setiap titik kasih sayang Mama kepada Amir…Mama juga akan cuba mencari peluang untuk membantu Amir untuk mencapai matlamat hidup ini Amir supaya Amir dapat berdikari…supaya Amir dapat diterima masyarakat…

Amir, kaulah nyawaku…kaulah kekuatanku…Mama sayang pada Amir.
Selamat harijadi ke sebelas, sayangku Wan Muhammad Amiruddin.

Leave a comment »

Signs of Learning Disability

nice animation done on early detection on learning disability, together we help to build their tomorrow, today

 

Interesting blog Posted by Emma Apple (also known as UmmHend) is the Editor, Founder, Designer and an Author here at Muslimas Oasis: <a href=”http://www.muslimasoasis.com/2011/04/whats-it-like-to-live-with-autism/”>What’s it like to live with Autism?</a>

Leave a comment »

Report Card Day @ SK Sri Kelana, PJ

Lama tak post anything…bukan tiada idea, tapi bz dengan anak-anak…

Hari ini hari perjumpaan ibubapa bersama guru untuk melihat prestasi anak di sekolah (ie: ambil report card anak). Pagi ini Amir susah betul untuk Amir bangun pagi…terdetik dihati Amir pasti akan mengamuk bila sampai sekolah ataupun mengamuk dalam kereta…ku panjatkan doa agar Amir tidak mengamuk…Alhamdulillah…Amir ok…

Semasa sampai disekolah, banyak kereta berhampiran sekolah Amir,kami terpaksa menapak jauh untuk ke sekolah; sambil berjalan ku memberitahu pada Amir “today, Mama will meet your teacher to see your exam results…all parents come today to pick their children’s exam result” Amir menjawab “Oh no!!” ku cuba memujuk dengan penuh harapan agar Amir tidak mengamuk; “Mama go see teacher ok…Amir good boy” Amir menjawab “Yes” sambil memeluk lenganku…
Sampai di kelas, guru kelas (Pn. Jayanthi) sedang menanti…Amir telah dibawa pergi oleh pembantu guru untuk sesi taekwando; terluang sedikit masaku untuk bersama guru kelas Amir… guru kelas Amir memberikan kepadaku fail yang mengandungi buku laporan kemajuan pelajar dan kertas peperiksaan untuk ku lihat…Alangkah terkejutnya apabila ku melihat markah yang tertera dikertas…ku bertanya pada guru kelas, “Pn. betul ke ni?? Amir buat semua ini?”
Tertera di kertas ujiannya 100% tanpa bantuan guru

Airmataku mula bergenang…Syukur Alhamdulillah…terima kasih Ya Allah, kerana telah menunjukkan padaku bahawa pilihanku untuk meninggalkan kerjayaku telah pun nampak hasilnya…ku bersyukur padaMu…

Semua kertas peperiksaan Amir telah mendapat markah penuh…subjek yang Amir ambil: Bahasa Malaysia, English, Matematik, Sains&Teknologi, Kemahiran hidup, Urus Diri
Guru kelas Amir memaklumkan bahawa Amir adalah seorang pelajar yang bijak…perubahan ketara dapat dilihat oleh guru-guru Amir, namun apa yang perlu Amir baiki adalah tantrumnya…

Memang tepat sangkaanku…Amir telah mendapat keyakinan diri [Mama ada dirumah, tiada lagi “orang asing” yang akan menjaganya…Amir bahagia]

Nota buat Amir: Mama bangga dengan Amir…walaupun Mama selalu marahkan Amir; Mama mahukan yang terbaik untuk Amir…Impian Mama adalah untuk Amir boleh berdikari, urus diri dengan baik sekiranya Mama tiada nanti…Mama sayaaannnggg Amir…

1 Comment »

Overload

Hari Jumaat seperti kebiasaan Amir & Asyraf berpeluang untuk lunch bersama. Jadi ku bawa mereka ke fast food restoran. Masa nak order kena beratur…agak panjang(waktu lunch,kan) Amir seperti biasa (cuba utk ‘cut queue’) ku cuba kawal..setelah beberapa kali kata Amir, line up…Amir tunjuk kepada kerusi(nak duduk)…ku katakan ok; dan minta bantuan Asyraf untuk jaga Amir…
Ku beratur lagi smpi giliran ku untuk membuat pesanan…sampai di meja ku lihat wajah Asyraf masam mencuka…ku bertanya pada Asyraf…kenapa? Asyraf jawab ada orang marah Along tadi…ku tanya lagi kenapa? Asyraf kata orang tu x bagi Along baring…Asyraf marah betul; dier pandang kepada staf restoran yang ditugaskan untuk kemas meja…setiap kali orang itu lalu Asyraf berkata orang tu yang marah Along, Mama tengoklah…orang itu marah Along tadi…terbantut seleraku…terus kuberkata pada Asyraf..
Sudahlah, jangan kamu cuba nak bangkit kemarahan Mama nanti tak pasal2 Mama bergaduh dengan orang…
Amir makan seolah tiada apa berlaku…kemudian Amir minta chocolate drink…ku berasa agak keliru, ku bertanya lagi what do you want? Amir mula menjerit sambil tangannya menepuk dinding tempat kami duduk (tanda protes) ku tinggikan suara dan berkata what do you want I don’t understand…dan terus duduk disebelahnya..diekor mataku kuterlihatkan seperti ada yang memandang…pabila ku angkat mukaku dari Amir, ku terpandang staf yang telah memarahi Amir sebelum ini…dia menggelengkan kepala seperti salahku Amir berkelakuan begitu…hancur hatiku..remuk segalanya…ku tak mau menimbulkan apa2 ketegangan di restoran itu kerana ku sedar pekerja yang restoran ambil bagi tugasan membersih meja adalah dari golongan OKU…

Hancur hatiku pabila diberi pandangan sebegitu…adakah kerana Amir tiada kecacatan fizikal maka masyarakat boleh letakkan judgement mereka sebegitu…Yang paling meremukkan hatiku ialah pandangan serong dari golongan OKU sendiri!!

Kami anak beranak telah melalui sensori&emotional overload dari kejadian ini…airmata masih lagi mengalir tatkala ku teringatkan peristiwa ini…ku benar2 rasa terpukul…

Ku tau ku harus banyak bersabar…namun besar sungguh ujian Allah buatku, sehingga ku rasa tak mampu untuk ku tempuhi…Ya Allah kuatkan diriku…kuatkan imanku…amin

Leave a comment »

My Most Quotable Movies

Endless love

May you never steal, lie, or cheat, but if you must steal, then steal away my sorrows, and if you must lie, lie with me all the nights of my life, and if you must cheat, then please cheat death because I couldn't live a day without you. Cheers! (Leap Year)

Powered by Plinky

Leave a comment »

Anak Mama…

lama tak letak entry dalam blog…bukan xde idea…cuma agak sibuk menguruskan anak-anak, ikut jadual persekolahan mereka (macam kita yg masuk sekolah)…

Sekarang ni cuti sekolah penggal pertama…ramai ibubapa bawa anak-anak mereka bercuti, etc…pelbagai aktiviti diadakan bagi memenuhi masa lapang anak-anak. Bagi keluargaku agak berbeza…kami nak pergi bercuti, tapi bajet x cukup (memandangkan skg ku tidak lg bekerja)…walaubagaimanapun ku cuba penuhkan cuti persekolahan ini dengan pelbagai aktiviti dengan anak-anak. Ni, nak cerita sikit pasal anakku bernama Asyraf.

Sebelum cuti sekolah ari tu…Asyraf ada peperiksaan sekolah Agama…Asyraf memang agak “liat” nak ulangkaji…mulanya ku kata biarla dulu…baru darjah satu…namun begitu sepanjang penggal ku dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Asyraf…ku mula periksa buku-buku latihan sekolahnya…ada kerja2 sekolah yang mempunyai catatan guru “Tidak Siap”…ku bertanya pada Asyraf…kenapa cikgu tulis tidak siap? Asyraf jawab…Asyraf x sempat nak siapkan dalam kelas…Asyraf x larat…

Ku masih teringat satu hari Asyraf pulang sekolah dari sekolah Agama dengan linangan airmata, “Ustazah marah Asyraf sebab Asyraf x siap kerja, Asyraf kena duduk belakang kelas…Asyraf nak duduk depan…Asyraf sedih sangat” Ku cuba tenangkan tangisan Asyraf wlpn dlm hatiku pun turut menangis.

Berikutan peristiwa itu, ku pantau segala kerja sekolah Asyraf…ku dapati Asyraf benar-benar “struggle” dalam pelajarannya…membaca/mengeja mmg merangkak, banyak huruf “mixed up”…tanda-tanda dyslexia ketara pada Asyraf…bagi mendapat kepastian ku cuba berikan arahan terperinci dan minta Asyraf laksanakan…hmmm, mmg x salah lagi…kriteria dyslexia ada pada Asyraf (melalui dyslexia test online)

Namun ku x ingin putus asa…walaupun adakalanya hatiku menjerit dengan kekecewaan…
Ku cuba bantu Asyraf dengan membeli buku latihan tubi…satu persatu ku lakukan bersama-sama Asyraf…”Mama nak bantu Asyraf, Mama xnk Asyraf kena marah dengan cikgu, Mama xnk Asyraf malu dengan kawan-kawan Asyraf…Mama minta maaf kalau Mama selalu marah Asyraf, Mama nak Asyraf yakin dengan diri Asyraf”, kataku kepada Asyraf…Asyraf mengangguk (seperti memahami apa kataku) tapi ku tau…dia masih belum lagi mengerti apa-apa pun…

Misiku kini ingin Asyraf yakin akan dirinya bahawa dia mampu lakukan kerja-kerja sekolahnya dengan sendiri…seperti rakan-rakan kelasnya…di sekolah ku tiada disisi untuk melindunginya (hatiku amat risau Asyraf dibuli rakan atau Asyraf membuli rakannya); ku perlu berikan seberapa banyak ilmu serta pemahaman supaya Asyraf dapat melangkah ke arah kejayaan dirinya.

Asyraf, anak Mama…Mama sayangkan Asyraf…Maafkan Mama…mungkin Mama ada ketepikan Asyraf sebab Mama terlampau fokus pada Along (Amir); Mama abaikan Asyraf…maafkan Mama, ya…(masih terngiang ditelingaku Asyraf berkata “Mama xsyg Asyraf, Mama sygkan Along aje”-remuknya hatiku pabila terdengarkan kata-kata ini)

Leave a comment »

Mama risaukan Asyraf…

Progress Amir sekarang nie ada peningkatannya…Alhamdulillah…
Namun hati ini agak risau akan Asyraf…
Tahun ini Tahun 1…lihat daripada kerjarumah sekolah kebangsaan (SK) ku dapati bahawa Asyraf tidak dapat siapkan banyak kerja dalam kelas dan bila minta diceritakan apa yang dia belajar dalam kelas, selalu kata tak tau…tak ingat.

Pernah satu hari, saja je la nak periksa buku sekolah Asyraf…ku dapati ada komen dari guru – tidak siap…hatiku hancur…kenapa Asyraf tidak bagitau padaku…Asyraf takut kena marah ker??
Minggu nie ada kerjarumah BM…salin alphabet yang telah disediakan oleh guru…ku dapati Asyraf tidak dapat fokus dalam menyiapkan tugasannya…sekiranya diri ini tidak duduk di sebelahnya dan “motivate”kn dirinya kerja tidak akan siap…strategiku adalah dengan kiraan: 1,2,3,4,5 (macam kiraan saat)…siapkan satu abjad…ku dapati sekiranya ku tiada di sisinya kerja itu tidak lengkap…aduhhh….macamana nie???
Ada sesekali suaraku tinggi sedikit…Asyraf kata “Mama, janganlah garang sangat…Asyraf takut” Aduihhh…macamana nie…apa yang harus kulakukan??? kalau tak garang, Asyraf akan cepat khayal…banyak betul menda yang boleh membuatkan Asyraf khayal…atau ilang fokus…risaunya tengokkan Asyraf…
Macamanalah ku ingin “belah”kan diriku ini dengan keadaan Amir yang perlukan diriku sentiasa disisinya…

Ya Allah, ku pohon padamu berikanlah ku kekuatan…dan kesabaran menempah segala dugaan yang kau berikan…

Leave a comment »

Mama bangga dengan Amir

Jumaat, 18 Februari 2011, Acara merentas desa anjuran Sekolah Kebangsaan Sri Kelana, Kelana Jaya

Ini adalah acara anjuran sekolah yang pertama Amir ambil bahagian sepanjang Amir mengikuti program integrasi Pendidikan Khas (PIPK) SK Sri Kelana. Tahun-tahun sebelum ini guru PIPK akan menyarankan Amir agar tidak hadir ke sekolah kerana akan mengganggu acara tersebut bila Amir ada “tantrum”nya…

Berdebar hatiku serta perasaanku bercampur baur menunggu reaksi Amir untuk menyertai acara ini…sebelum Amir tidur ku maklumkan pada Amir esok ada acara merentas desa…kena pakai baju oren (baju PIPK)…malamnye, Amir tidak tidur…”berjogging” dlm rumah…dari atas dalam bilik hingga ke ruang tamu di bawah…excitednye Amir kata hatiku…

Namun ku masih lagi kurang yakin akan reaksi Amir pd hari acara. Pagi ini Amir memakai baju tshirt oren serta seluar treknya…wajahnya tampak ceria…tiba di sekolah, Amir nampak semua pelajar telah berkumpul di dataran sekolah…reaksi Amir: senyum sambil bertepuk tangan…Amir salam tanganku dan pergi kepada gurunya…Ku hantar Asyraf…kemudian bergegas ke SK Sri Kelana…ku ingin melihat reaksi Amir lagi…

Para pelajar masih berkumpul mendengar taklimat dari guru bertugas. Pelajar PIPK akan berlepas dulu diikuti pra sekolah, tahun 3,4,5 & 6…

Sewaktu Amir serta kumpulannya ingin ke tempat permulaan…Amir ternampakkn diriku…ku hanya lambai & berkata “bye, see you” lalu ku menyorok di belakang kereta…hatiku sebak…alangkah indahnya kiranya ku dpt brkongsi memori ini dgn Mak…Al-Fatihah, Mak…Mak pasti bangga dgn Amir skg…

Ku cuba posisikan diri di garis penamat untuk mengambil gambar…ku nampak Amir…ku dengar arahan guru PIPK yang mengekori Amir…”Amir, lari…lari!!!” Amir menghayunkan kedua-dua tangannya seperti seorang sprinter dan membuat cubaan untuk berlari…tanpa kusedari airmataku mengalir membasahi pipi…Ya, Allah Alhamdulillah…Amir mampu untuk menerima arahan dari gurunya dan telah mencuba sedayanya untuk melakukan aktiviti tersebut…besar sungguh peningkatan Amir sekarang ini….tanganku yang memegang kamera tidak dapat memetik untuk mengambil gambar…betapa ku bangga dengan perkembangan diri Amir…

Amir, Mama bangga dengan dirimu, nak….

Mama tidak menyesal untuk meninggalkan kerjaya Mama demi anak-anak Mama…biarlah apa pun orang nak kata mengenai Mama…Mama tetap akan bersamamu sayang…Mama bangga dengan Amir…

Mungkin bagi ibubapa lain ini adalah peningkatan yang kecil…tetapi bagi diriku ini adalah satu kejayaan buat Amir…sebelum ini untuk memberi arahan kepada Amir mengambil masa, serta pelbagai reaksi negatif telah diberikan…kekadang perasaan kecewa serta putus asa sering kali ada pada satu waktu dahulu…

Hari ini…benar-benar telah memanah perasaanku dengan penuh rasa bangga pada Amir…I’m proud of you…

Leave a comment »

Hari yang cemas

Hari ni macam hari yang biasa… pulang dari sekolah Amir makan roti disapukan nutella…kemudian Amir naik keatas untuk bermain komputer…selang beberapa minit Amir mengamuk…dalam hati kalah game, kot…ku panggil Amir…Amir jawab bye (maksudnya dia x mau diganggu) kemudian dengar Amir turn off computer & masuk bilik game untuk bermain ps 2. Sekali lagi ku dengar macam Amir mengamuk tp agak normal bagiku kerana slalunya kalau Amir main ps 2, Amir main game Ultraman…so banyakla bunyi suaranya…ku angkat kain & lipat kain…tp masih mendengar gerak geri Amir…
Tiba-tiba ku dengar alarm kereta berbunyi…ingatkn bunyi kereta jiran…tp gerak hati kata bunyi macam alarm kereta kami…ku turun ke bawah…terkejutnya apabila melihat pintu rumah terbuka, pagar terbuka…pintu kereta terbuka…ku panggil nama Amir…ku lihat Amir ada di sofa…dengan pantas ku capai remote pagar dan tutup pagar, off alarm kereta (bingit sungguh bunyinya) dan ku kuncikn pintu rumah…
Ku pandang Amir..Amir seakan ketakutan…ku cuma diamkan diri (dalam hati istighrafar byk2), ku tanya Amir why did u open the door…Amir cuma pandang pada ku…ku perhatikan jarinya…seakan menunjuk kepada cd2nya yang bertaburan di lantai (cd the wiggles & toy story 3)…saat ku terpandang cd tersebut hatiku kembalu tenang…oooo cd favorite Amir…inilah penyebab alarm kereta brbunyi serta segala pintu dibuka…
Namun ku tergamam, kerisauan ku memuncak kerana Amir pandai buka pintu rumah, pagar, etc…dan Amir x bgtau pun (perasaan kecewa, risau, resah)…ku pesan pada Amir, next time tell Mama ok? Ku dipeluknya…
Mungkin kerana rasa “bersalah”…Amir tidak pernah lepas dari sisiku walau sesaat pun…
Mungkin ku alpa…Allah mengujiku…Ya Allah berikan ku kekuatan & kesabaran atas segala dugaan serta ujian yang Kau berikan…

Leave a comment »

%d bloggers like this: